Tempat pertama stelah kami menjejakkan kaki di sana ialah kedai mamak bersebelahan bangunan Komtar. Menu pilihan kami ialah pasembor dan teh tarik.
Seterusnya kami menaiki bas awam menuju ke Bukit Bendera. Menaiki keretapi serba baru ke bukit Bendera satu pengalaman menarik. Dari puncak Bukit Bendera pemandangan menarik sekitar bandar George Town sukar dinikmati kerana jerebu yang tebal.
Seterusnya kami menuju ke Jeti Seberang Perai untuk menaiki Feri ke Seberang Perai. Dengan menaiki teksi, kami ke Sungai Dua untuk menikmati Mee Udang. Hasrat kami tercapai kerana kami dibawa ke kedai Mee Udang yang istimewa.
Lantas kami terus ke jeti untuk kembali ke Pulau Pinang. Menghabiskan masa di bangunan Komtar yang kian lesu. Seterusnya kami kembali ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk perjalanan pulang. Kami selamat sampai di rumah lebih kurang jam 2.30 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan