30 November 2009

MAJLIS KORBAN 2009

Kg.Selemak Ulu, 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 - Sebanyak dua ekor lembu dikorbankan sebagai tanda kesyukuran sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini. Majlis ini diadakan selepas solat sunat Hari Raya Aidil Adha lebih kurang jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 pagi. Peserta-peserta terdiri daripada :
Kumpulan 1
Nodzimah bt Ahmad
Nor Haslinda bt Roduan
Rohaizad b Roduan
Rohaizan b Roduan
Norfarhana bt Roduan
Norfazliana bt Roduan
Norshahira bt Roduan

Kumpulan 2
Roduan bin Yaman
Sabariah bt Ahmad
Mazhaniza bt Mazumil
Batrisyia Hidney Humaira' bt Mohd Farid
Ajmah bt Nordin (Ibu Mertua Rosman Aris)
Hamid bin Adam
Ramli bin Alias (Allahyarham)

Majlis Korban diadakan di rumah Puan Hanipah bt Ahmad dan dihadiri lebih 40 orang ahli keluarga dan jiran-jiran berdekatan. Lembu-lembu disembelih oleh Tuan Haji Zulkifli dari Pedas. Majlis Korban ini telah diadakan sejak tahun 1999 iaitu di Kota, N.Sembilan. Sejak itu setiap tahun majlis koban diadakan. Hanya beberapa kali sahaja majlis korban tidak diadakan.
Encik Roduan berkata, Majlis Korban seperti ini perlu diadakan setiap tahun kerana selain dari tuntutan agama, ianya dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Majlis ini dikejutkan dengan berita perginya seorang peserta ke Rahmatullah iaitu Ramli bin Alias pada jam 11.00 pagi iaitu semasa kami mula melapah lembu. Semoga pemergiannya bersama pahala korbannya di pagi raya hari Jumaat mendapat keredhaan dan keampunan Allah swt. AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM RAMLI BIN ALIAS......