12 Oktober 2011

11 Oktober 2011

Jalan-jalan Minum Teh

3 Julai 2011 - Tiket telah ditempah Jun 2010 semasa promosi tambang murah Airasia. Lokasi dipilih ialah Pulau Pinang. Objektif utamanya untuk jalan-jalan minum teh sambil melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Turut serta ialah Mazlan, Abdul Razak dan Tarshehdan.
Tempat pertama stelah kami menjejakkan kaki di sana ialah kedai mamak bersebelahan bangunan Komtar. Menu pilihan kami ialah pasembor dan teh tarik.



Seterusnya kami menaiki bas awam menuju ke Bukit Bendera. Menaiki keretapi serba baru ke bukit Bendera satu pengalaman menarik. Dari puncak Bukit Bendera pemandangan menarik sekitar bandar George Town sukar dinikmati kerana jerebu yang tebal.







Seterusnya kami menuju ke Jeti Seberang Perai untuk menaiki Feri ke Seberang Perai. Dengan menaiki teksi, kami ke Sungai Dua untuk menikmati Mee Udang. Hasrat kami tercapai kerana kami dibawa ke kedai Mee Udang yang istimewa.





Lantas kami terus ke jeti untuk kembali ke Pulau Pinang. Menghabiskan masa di bangunan Komtar yang kian lesu. Seterusnya kami kembali ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk perjalanan pulang. Kami selamat sampai di rumah lebih kurang jam 2.30 pagi.

BEIJING 2011

6 - 11 Jun 2011 - Pakej lawatan ke Beijing disertai oleh 30 orang peserta. Lawatan diketuai oleh Cikgu Arif dari Tampin. Lawatan yang menarik kerana banyak kesan sejarah terutama Fobiden City. Perlu diingat, kita perlu berhari-hati jika dibawa ke kilang-kilang atau pusat-pusat perubatan kerana ada unsur-unsur paksaan membeli. Namun, lawatan ke Beijing amat menarik.

Lapangan Terbang di Beijing

Solat di mana-mana



Membeli-belah : Lepas beli kena belah.....

Keperluan Wanita : Shopping




Masjid di China



Imam Masjid yang fasih berbahasa Melayu



Makan-makan di Beijing






















Sepanjang Lawatan di Beijing









BEIJING : AKU AKAN KEMBALI LAGI KE SANA...........