07 Disember 2009

Lawatan Ke Jakarta dan Bandung

Butir-butir Lawatan :

Tarikh : 17 hingga 21 Mac 2010
Tempat : Jakarta, Punchak dan Bandung, Indonesia
Agenda : Lawatan tidak rasmi - (Membeli dan Membelah)
Tambang : Harga tiket semasa (Tempahan secara On Line)
Pakej : RM750.00 seorang (Termasuk Pengangkutan Rembau - LCCT - Rembau, Penginapan, makan 3 x sehari , pengangkutan di Indonesia, Khidmat Pelancongan, Tips Pemandu Pelancong, Cukai Airport di Jakarta)

Penyertaan masih dibuka sehingga 31 Januari 2010. Sila hubungi

Azhar bin Ahmad : az_a66@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.

02 Disember 2009

Lawatan Ke Padang 2009

16 hingga 20 Mei 2009 - Seramai 20 orang telah menyertai lawatan ke Padang Bukittinggi, Indonesia. Lawatan yang dianjurkan oleh PKG Rembau disertai oleh Guru-guru dari PKG Rembau dan ahli keluarga mereka. Turut serta keluarga En.Roduan dan En.Mohamad. Ketua Lawatan ialah Puan Noraini Abdul Aziz, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Rembau.
Di Padang, kami disambut oleh Pak Pendi - Pemandu Pelancong Syarikat Raun Padang.
Antara tempat-tempat yang dilawati seperti, Air Terjun Lembah Anai, Istana Linduang Bulan, Rumah Pak Hamka, Danau Maninjau, Istana Pagar Ruyung (dalam pembinaan semula), Pasar Atas, Jam Gadang selain dari tempat membeli belah. Indahnya Bumi Padang. Terasa ingin kembali lagi.