15 Februari 2010

Aktiviti Masa Cuti Tahun Baru Cina

Ahad, 14 Februari 2010 - Kami telah merancang untuk membuat majlis BBQ di halaman rumah. Ikan ikan dibeli oleh Pak Wan di Teluk Gong, Kuala Sungai Baru semasa balik dari kenduri di kampungnya. Hanya beberapa keluarga saja yang sempat balik. Semoga di masa akan datang akan lebih meriah jika dihadiri oleh semua ahli keluarga Selemak.







RUMAH-RUMAH DI KG SELEMAK ULU

Dulu.............. Sebuah kampung yang ceria. Semua rumah berpenghuni. Kanak-kanak berkejar di sana sini. Ibu-ibu turun ke sawah. Ayah-ayah menoreh getah. Petangnya, sering kedengaran bunyi lesung menumbuk padi atau emping. Bila malam, surau lama dijadikan tempat bertemu dan berbincang dengan penduduk kampung.
Kini.............. Sebuah kampung ini semakin suram. Banyak rumah tidak berpenghuni. Hanya beberapa buah rumah yang ada penghuninya. Tiada lagi suara tangisan bayi. Tiada lagi kanak-kanak bermain di laman rumah. Sawah telah digantikan dengan kelapa sawit. Pokok getah telah ditebang dan diganti dengan semak samun. Tiada jemaah di surau baru kecuali sebulan sekali apabila ada guru mengajar agama.


Rumah Tempat lahirku............ Al fatihah untuk Ibuku Hjh Naedah Hj Ali dan Abahku Lebai Ahmad bin Arifin

Rumah Itam /Hj Nordin Rumah Hindun

Rumah Fadil Rumah Cik Awa

Rumah Rohaya Hj Hassan Rumah Jahara

Rumah Zainon / Hj Mustafa Rumah Cik Joh

Rumah Fatimah Shafie Rumah Ayip
Rumah Aza Cik Siti Rumah Mayang Buyung
Surau Lama Surau Baru (1990)
Rumah Esah Rumah Amah / Hj Udin